Thursday, 31 August 2017

SITI NORHALIZA MENGANDUNG

Setelah 11 tahun peminat menantikan berita gembira daripada penyanyi terkenal tanahair iaitu Datuk Siti Nurhaliza berkaitan kehamilannya, mungkin kali ini peminat boleh bergembira apabila terlihat tanda-tanda bahawa Datuk Siti sedang hamil..!
Sebelum ini, ada desas desus yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza kini sedang hamil, namun begitu tiada sebarang kenyataan balas daripada Siti untuk mengesahkan hal tersebut.
Baru-baru ini, Siti ada berkongsi dirinya menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang mencemar duli di rumahnya menerusi laman Instagram miliknya.
Tapi apa yang menarik netizen ialah perut isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini yang kelihatan seperti ‘baby bump’ dan meneka bahawa Siti memang benar-benar hamil.
Di ruangan komen gambar tersebut dengan sekelip mata telah dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar kandungan Siti sentiasa sihat dan segala urusan ketika hamil dipermudahkan.
Nampaknya begitu tajam mata peminat-peminat Siti memerhati perubahan fizikal penyanyi kesayangan mereka ini.
Jika benar Siti kini sedang hamil, tahniah kami ucapkan. Kami turut mendoakan agar Siti dan kandungannya sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak kepada penyanyi nombor satu negara ini.

No comments:

Post a Comment

SIAPA GADIS TRIVAGO YANG MENAWAN ITU?

Gadis Trivago Mampu Memukau Bayi & Kanak-kanak JANUARY 30, 2018   ADMIN   KEHIDUPAN Jika anda selalu menonton televisyen atau me...