Thursday, 3 August 2017
Cek Sendiri Online Wang Tidak Dituntut (WTD) Tanpa Perlu Beratur
Bagi memudahkan rakyat menyemak Wang Tidak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda hanya boleh mengakses portal tersebut yang dijangka mula beroperasi tahun depan.
“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurut JANM
“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.
Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.
Kaunter Pejabat JANM dilaporkan sesak beberapa hari ini berikutan diserbu ribuan orang yang mahu membuat semakan WTD.
Semuanya berlaku gara-gara pendedahan yang tular mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.
Namun, rata-rata pengguna yang membuat semakan pulang hampa apabila hasil semakan tidak menemui sebarang baki wang walaupun telah lama beratur menunggu giliran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SIAPA GADIS TRIVAGO YANG MENAWAN ITU?
Gadis Trivago Mampu Memukau Bayi & Kanak-kanak JANUARY 30, 2018 ADMIN KEHIDUPAN Jika anda selalu menonton televisyen atau me...

-
"Ayah pass phone dia pada adik. Adik amik handphone and main handphone. Belakang adik, ayah mencabul dan rogol saya." Althou...
-
Sesiapa pun tidak menduga bahawa wanita yang kelihatan sopan dan alim rupanya mempunyai peribadi yang sangat teruk, apatah lagi apabila ...
-
Ustaz Fariz bersama dengan salah seorang pemimpin Pas Ustaz Fariz sedang menyampaikan kuliah di sebuah masjid Sebuah lama sesawang ...
No comments:
Post a Comment